KUALA LUMPUR: Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini walaupun angka itu akan berada pada kadar terendah dalam julat unjuran Bank Negara Malaysia.
Bank pusat itu mengunjurkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan, hampir kepada kadar terendah dalam julat unjuran pertumbuhannya iaitu di antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus.
Menerusi sorotan mingguannya pada Isnin, firma analisis dan penyelidikan itu menjelaskan pasaran buruh yang berdaya tahan dan peningkatan ketibaan pelancongan akan meningkatkan perbelanjaan.
Firma itu juga yakin kekukuhan pasaran domestik akan dapat mengimbangi sebahagian pertumbuhan global yang semakin lembap sekali gus dijangka mempengaruhi permintaan eksport.
Moody's Analytics memaklumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2023 Malaysia sebanyak 2.9 peratus itu adalah menepati jangkaannya.
Walaupun eksport dan import masing-masing susut lebih daripada sembilan peratus, ketibaan pelancong telah menampung sedikit penurunan dalam perdagangan.
Sementara itu, Public Investment Bank Bhd pula mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK setahun penuh 2023 sebanyak 4.3 peratus.
"Meskipun sokongan daripada pemulihan pelancongan dijangkakan, dengan mengambil kira pertumbuhan 4.2 peratus bagi separuh pertama tahun ini, kesan asas tinggi mempengaruhi KDNK suku ketiga dan keempat, ditambah dengan kesan besar iklim ekonomi global yang lebih perlahan ke atas perdagangan luar, kami menyedari wujudnya potensi untuk semakan turun bagi unjuran kami," jelasnya dalam nota penyelidikan.
Selain itu, risiko penurunan ketara berpunca daripada landskap global, merangkumi turun naik ketara trajektori ekonomi maju, aktiviti ekonomi di China yang semakin lembap, ketegangan geopolitik yang memuncak, inflasi yang tidak dijangkakan, dan bayangan pengetatan pasaran kewangan yang ketat -- mungkin ditambah lagi dengan tanda-tanda ketegangan sektor perbankan yang meningkat -- boleh memberikan tekanan tambahan terhadap permintaan luar.
Di peringkat domestik, beberapa bulan kebelakangan ini telah menyaksikan petunjuk penting termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian, pengeluaran minyak sawit mentah dan Indeks Perdagangan Pengedaran yang menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan seterusnya.
Kenanga Investment Bank Bhd pula menjelaskan ekonomi dijangka kembali kepada pengembangan sederhana pada separuh kedua tahun ini, disokong daya tahan permintaan domestik memandangkan pasaran buruh kekal kukuh.
Dalam melangkah ke 2024, bank pelaburan itu menjangkakan trajektori pertumbuhan KDNK yang lebih teguh sebanyak 4.9 peratus, dipacu oleh pemulihan ekonomi global yang lebih mampan tahun depan, terutama di China, yang dijangka memacu permintaan luar yang lebih tinggi.
"Komitmen kerajaan terhadap inisiatif propertumbuhan dijangka berterusan, dan kestabilan politik menjadi lebih kukuh susulan pilihan raya negeri boleh meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelabur asing, yang berpotensi membawa kepada aliran masuk modal dan pelaburan portfolio yang lebih besar.
"Walaupun unjuran pertumbuhan global mungkin lebih berdaya tahan, memandangkan bank-bank pusat utama mungkin cenderung kepada penurunan kadar faedah namun, risiko penurunan yang berlarutan berterusan. Ini berpunca daripada isu geopolitik yang berpanjangan seperti konflik Rusia-Ukraine serta hubungan tegang antara Amerika Syairkat, China dan Taiwan," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Firma itu yakin kekukuhan pasaran domestik akan dapat mengimbangi sebahagian pertumbuhan global yang semakin lembap sekali gus dijangka mempengaruhi permintaan eksport.- Gambar hiasan/BERNAMA
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
Kerugian sumbangan KDNK RM346 juta pada 2040 jika dasar GEG dilaksana - Oxford Economics
Dasar Generasi Penamat (GEG) dijangka mengakibatkan kerugian sehingga RM346 juta kepada KDNK negara menjelang 2040 sekiranya dilaksanakan.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Penganalisis unjur KDNK 2023 tumbuh pada 4.0-4.3 peratus
Penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 4.3 peratus bagi 2023.
RM1.37 trilion pelaburan langsung domestik diluluskan sejak 2013 - Tengku Zafrul
Pelaburan langsung domestik (DDI) kekal sama pentingnya kepada MITI walaupun tumpuan diberikan kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin pulih sejak pandemik COVID-19.
Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.